Pages

Monday 16 December 2013

Rawat Gout Dengan Shaklee


 


GOUT adalah salah satu bentuk penyakit artritis,yang boleh diubati di mana keadaannya menyebabkan keradangan pada sendi. GOUT atau dirujuk sebagai "ancient disease" dan sudah diketahui kewujudannya sejak 1800. Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Meskipun GOUT seringnya dikaitkan dengan lelaki, tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.

Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

BAGAIMANAKAH GOUT TERJADI????

GOUT terjadi kerana terhasilnya asid uric secara berlebihan. Asid uric terbentuk semula jadi dalam darah sebagai hasil pecahan produksi pelbagai proses kimia. Tetapi apabila buah pinggang tidak dapat membuang asid uric atau tubuh menghasilkan asid uric yang berlebihan ia akan terkumpul di sendi yang kemudiannya membuatkan ia membengkak. Tetapi ingat, gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga.

Terkenal sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga boleh disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Malahan ada sesetengah ubat-ubatan dan makanan merangsang peningkatan asid uric seperti makanan laut, kacang, roti manis dan ikan bilis.

GOUT bermula dengan sendi kaki (seperti ibu jari) yang menyebabkan rasa sakit, membengkak dan merah selain rasa kaku dan panas. Menyentuh atau bergerak akan menjadikannya sangat sakit. Simptom gout boleh terjadi dalam masa yang pantas (sehari) dengan serangan pertama biasanya terjadi waktu malam. Gout hanya menyerang sekali saja bagi sesetengah orang tetapi ia akan menyerang lagi beberapa bulan berikutnya.

Jangan biarkan ia tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

4 PERINGKAT GOUT

GOUT boleh dibahagikan kepada empat peringkat; -asimptomatik (tiada simptom), -akut -simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

1.Interkritikal
kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.



2.Tofus
Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

Antara makanan yang harus dielakkan:

Makanan laut; ikan, kerang, sardin dan ikan bilis

Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam

Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung

Daging merah

Cendawan

Yis (roti putih, roti manis)

FAKTA: Golongan berisiko

Mereka yang berusia 40 ke 50 tahun terdedah kepada GOUT tetapi GOUT juga boleh terjadi di kalangan mereka yang lebih muda.

*Memiliki sejarah keluarga yang berhadapan dengan gout

*Mereka yang mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat

*Wanita putus haid

*Obesiti, diabetes dan hyperlipidemia atau mereka yang mengalami tekanan

Penyakit GOUT disebabkan oleh masalah untuk menyikirkan asid urik berlebihan dalam badan. Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan akumulasai/pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan destruksi/kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.

RAWAT GOUT DENGAN SHAKLEE

 

·         Alfalfa – alfalfa untuk detox dgn pengambilan air yang banyak atau dgn bantuan PD (bagi  yang kurang minum air).  Ia juga menghasilkan reaksi alkali dalam darah serta merupakan sumber potasium yang baik seperti kentang.
·         Omegaguard – mengelakkan radang sendi.
·         Performance Drink (PD) – untuk atasi dehidrasi badan supaya asid urik boleh sentiasa diproses keluar.


Kesemua Vitamin diatas adalah cadangan yang dapat membantu mencegah dan mengurangkan Gout,InsyaALLAH...



Hubungi saya sekarang juga!
Your Shaklee Independent Distributor; 

♥ Fezawani (ID: 910931 )
♥ SMS : 012-9079447/013-6339152
                                                       ♥ Blog: http://fezaamir.blogspot.in/ 

Sunday 15 December 2013

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥


Sumber; Artikel: Hak milik LifeFit.my

Keistimewaan Dan Kelebihan Susu Ibu Terhadap Bayi

Keistimewaan Dan Kelebihan Susu Ibu Terhadap Bayi


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud ,

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu",

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik akan susu buatan dari lembu, walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ianya dilahirkan lagi.

Begitu Agung nya Allah, sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula..SubhanaAllah.Susu ibu mengandungi khasiat yang diperlukan sebaik bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria, tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu),kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi 

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan


Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu 

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


RISIKO YANG MUNGKIN DIHADAPI BAYI TIDAK DIBERI SUSU IBU

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.

Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti.

Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.

2. Diabetes.

Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.

3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.

4. Masalah pernafasan.

Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.

Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.

5. Jangkitan telinga.

Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.

6. Kanser.

Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.

7. Jangkitan saluran pencernaan.

Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan).

Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.

Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.

8. Keberkesanan vaksin.

Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.

(Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)

9. Perkembangan rahang dan otot muka.

Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!

Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.

10. Obesiti

Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.Menyusu lah demi masa depan bayi yang cemerlang]

Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan 0 - 12 Minggu

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan 0 - 12 Minggu


Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dalam kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dari masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yang telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yang telah terbentuk akan mula mencari tempat (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pada minggu ini. Jangan risau, pendarahan itu adalah kerana proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu banyak, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang seperti sebiji buah epal & pada minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pada minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan untuk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pada pengakhir minggu ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang-tulang. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dengan sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dengan cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dari tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dengan sempurna. Otot-ototnya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama, organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)

Saturday 14 December 2013

Alfafa dan masalah kewanitaan

Antara masalah utama yang sering menghantui kaum wanita adalah masalah keputihan. Masalah ini datang menyerang wanita tak kira tua atau muda, bujang atau dah berkahwin. Keputihan adalah normal jika ia hanya lendir putih, jernih, cair, tidak berbau dan tidak berasa gatal. Tetapi keputihan itu boleh dikategorikan sebagai bermasalah apabila ia bersifat pekat, berwarna putih kekuningan, berbau dan diiringi rasa gatal. Jangan anggap ianya masalah kecil ataupun akan hilang dengan sendiri. Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ-organ penting dalam badan. Malah yang lebih teruk lagi, ia mampu merebak ke pasangan kita. Dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal, melecet dan kemerahan.
Keputihan boleh disebabkan oleh:
  • Penggunaan/pengambilan antibiotic
  • Perancang keluarga
  • Pengambilan rawatan hormon
  • Ubat-ubat steroid
  • Minum air tak bertapis
  • Stress
  • Diabetes
  • Nutrisi yang tak seimbang seperti diet tinggi gula
20130226-154211.jpg
Alfalfa Complex
Dengan itu, Shaklee telah memperkenalkan sejenis supplemen yang diberi nama Alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/ herba yang sangat kaya dengan nutrisi.
AWAS!!!! Tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat daripada daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
Kebaikan Alfalfa bukan sahaja khusus untuk wanita tetapi, boleh juga dikongsikan bersama lelaki:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia
  2. Sebagai penggalak susu yg mempercepatkan penghasilan susu badan untuk ibu meyusukan bayi
  3. Mencuci usus bagi membuang toksik
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
  5. Memberi kelegaan semasa haid
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat athma
  9. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit
  19. Membuang angin dalam badan
  20. Melegakan sakit sendi dan belakang
Secara ringkasnya, Alfalfa boleh membantu mengatasi masalah keputihan sekaligus menambah keintiman suami dan isteri serta menjaga kesihatan dalaman wanita.

Cadangan Kuruskan Badan Dengan Shaklee

Semua orang nak bentuk badan yang kurus secara sihat. Ini adalah sebab bukan saja senang nak cari baju, malah senang nak beraktiviti, nampak lebih berkeyakinan dan paling penting kuruskan badan secara sihat dapat memelihara kesihatan  

Set Kurus Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi. Berdasarkan pengalaman saya, set kurus Shaklee bukan saja menolong saya menurunkan berat badan malah susu bertambah banyak dan telah menolong saya menyusukan anak saya sehingga 2 tahun lebih. 

Jom berkenalan dengan Set Kurus Shaklee.

Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakarbuang dan bina.

1) BAKAR LEMAK : Lecithin / Omega Guard







2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax / Alfalfa





3) BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch


BAKAR DAN BUANG :
Lecithin/Omega Guard + Herblax /
Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.
Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.


Kenapa Detox itu penting?
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.

** Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 20KG DALAM SEBULAN !”..
** Itu sebenarnya diet paling tak berjaya, because the weight lost will rebound!

BINA :
Kenapa Protein penting?
----------------------------
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.

** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.


Perlukah ANDA mengambil kesemua produk / set?

Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum - iaitu Kurus dengan Sihat.

Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kurang bajet, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau ESP+herblax dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah lagi produk untuk melengkapkan set ini.


Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat
1.       Minum 2-3Liters air setiap hari
2.       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
3.       Kurangkan makanan yang berminyak
4.       Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
5.       Banyakkan makan buah dan sayuran



Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah  …

1.       Memberikan nutrien yang mencukupi.
2.       Melindungi otot.
3.       Indeks glisemik yang rendah.
4.       Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
5.       Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
6.       Diuji secara klinikal.

Hubungi saya sekarang juga!
Your Shaklee Independent Distributor; 

♥ Fezawani (ID: 910931 )
♥ SMS : 012-9079447/013-6339152

20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Umpama Kedai Farmasi

20 Kebaikan Alfalfa Shaklee Umpama Kedai Farmasi


Alfalfa Sahklee merupakan produk pertama sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Maka Alfalfa Shaklee merupakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapa  Dr. Shaklee memilih Alfalfa Shaklee sebagai supplement pertama? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.


Kenapa saya katakan Alfalfa umpama kedai farmasi?



Kebaikkan Memakan Alfalfa

1. Kaya dengan vitamin dan mineral
    Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
    Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa 
    Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak 
    dan Antioksidan.

2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.

3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah



20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki



Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi saya sekarang juga!
Your Shaklee Independent Distributor; 

♥ Fezawani (ID: 910931 )
♥ SMS : 012-9079447/013-6339152
COD area: Puchong, Shah Alam and Putrajaya