Pages

Wednesday 5 December 2012

Vitamin C dan kesihatan Kulit


Vitamin C ialah satu komponen penting sintesis kolagen dan elastin di dalam badan kita. Kolagen dan elastin adalah protein yang membentuk kulit, otot dan tisu perantaraan yang lain.

Kolagen adalah binaan asas untuk kulit kita. Apabila kita berusia, ia mula merosot, tanda-tanda adat penuaan kelihatan pada kulit kita seperti mula melendut dan berdutan.

Kolagen dan elastin adalah dua sebab utama kulit kita kekal licin dan berdaya tahan di masa remaja. Keanjalan bererti keupayaan “melantun semula” selepas ditekan. Keanjalan mula merosot disebabkan ekspresi muka, pendedahan kepada cahaya UV yang berlebihan dan lain-lain faktor pemakanan.

Meningkatkan pengambilan vitamin C dapat membantu kita mendapatkan semula kolagen dan elastin yang hilang dengan menggalakkan semula oleh badan.

Oleh kerana vitamin C adalah bahan antioksida yang sangat penting, ia membantu badan untuk menghapuskan radikal bebas, yang menjejaskan sel-sel kulit yang sihat.

Di samping manfaat dalaman, vitamin C adalah juga berguna dalam aplikasi luaran. Ia membantu mengurangkan pengelapan bintik dan pigmentasi kesan daripada pendedahan pada cahaya matahari. Ia juga membantu memulihkaan warna dan tona kulit kepada lebih baik.
Ini adalah disebabkan oleh keupayaan sebagai pengelupasan secara lembut , yang membantu menghapuskan kulit sel kulit mati dan melahirkan lapisan sel kulit yang sihat yang segar. Ia juga membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.



Hubungi saya sekarang juga!
Your Shaklee Independent Distributor; 

♥ Fezawani (ID: 910931 )
♥ SMS : 012-9079447/013-6339152

0 comments:

Post a Comment